Standing in the Eye of The World
jerit perit dan pengorbanan
akan kami tempuh demi kejayaan
walau dari hutan sampai ke pantai
namun kami tetap kene bantai
disuruh patah balik
akhirnya kami juga yang terakhir
kini kami baru sedari
rupanya kami sedang dibuli
sakit hati dan tak puas hati
terpaksa dipemdam dalam hati
namun kami tak ambil perduli
atas segala apa yang telah mereka lakukan
kau dan kami
kini standing in the eye of the world
( lagu dan lirik oleh umi hani )
Inilah lagu tema kumpulan aku untuk malam persembahan pada malam terakhir. lagu ini akan tetap menjadi lagu kegemaran aku kerana di sebalik lagu ini ada banyak peristiwa yang tidak dapat aku lupakan bersama dengan ahli kumpulan aku. Banyak kenangan manis dah pahit terpaksa kami tempuhi dan bagi aku kalau dapat berjumper dengan dia orang lagi adalah suatu perkara yang cukup bermakna. Kadang kadang aku rasakan baru semalam sahaja peristiwa ini berlaku dan kisah fasilitator ini akan aku kenang dari dulu, kini dan selamaya.



















